Tuesday, April 21, 2009

Monday, November 3, 2008

KAJIAN LAPANGAN DI KAWASAN KUALA LANGAT(BANDAR BANTINIG)

PENGENALAN

Keefisienan Bandar merujuk kepada keadaan bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk dinikmati oleh semua penduduk sama ada yang kaya atau miskin dan tinggal di bandar atau luar bandar. Bandar yang efisien mampu memberi perkhidmatan yang baik kepada pengguna.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap keefisienan sesebuah bandar yang terdapat di kawasan Lembah Klang. Tahap keefisienan bandar diukur berdasarkan pandangan masyarakat di sesebuah kawasan bandar yang dipilih.

LOKASI KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di kawasan Kuala Langat di mana bandar yang dipilih ialah Bandar Banting. Bandar banting ini merupakan sebuah pusat Bandar bagi penduduku di kawasan Kuala Langat.

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai alat mengumpul data pembolehubah yang dikaji. Borang soal selidik ini mengandungi 5 bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C, bahagian D dan bahagian E.

Dalam bahagian A, soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu faktor demografi dan latar belakang pekerjaan dan pendapatan. Manakala dalam bahagian B pula mengandungi soalan berkaitan tahap keefisienan Bandar yang terbahagi kepada 13 bahagian iaitu ekonomi Bandar, kemudahan masyarakat, infrastruktur, imej dan lanskap Bandar, pengangkutan, perdagangan, perkilangan, pelancongan, perumahan, keselamatan, governans, alam sekitar, dan perkhidmatan online.

Dalam bahagian C pula merangkumi ranking tahap keefisienan Bandar dan persepsi responden mengenai tahap keefisienan Bandar raya Kuala Lumpur. Bahagian D mengandungi soalan tentang pengalaman responden berhadapan dengan ketidak-efisienan Bandar sepanjang 5 tahun lepas. Bahagian terakhir iaitu bahagian E pula terdiri daripada pandangan responden tentang keefisienan ketidak-efisianan Bandar serta ulasan keseluruhan tentang Bandar mereka.

RESPONDEN KAJIAN

Responden dalam kajian ini adalah seramai 45 orang yang dipilih secara rawak di kawasan Bandar Banting iaitu terdiri daripada 21 orang responden lelaki dan 24 orang responden perempuan. Responden dalam kajian ini juga terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu 24 orang Melayu, 13 orang Cina dan 8 orang India


KEPUTUSAN KAJIAN

Setelah dianalisis, didapat bahawa tahap keefiesenan Bandar di kawasan kuala Langat secara keseluruhannya adalah memuaskan iaitu sebanyak 11.1%. Daripada soalselidik yang diedarkan kepada penduduk kawasan Bandar banting, didapati bahawa kedudukan ekonomi di bandar tersebut berada dalam keadaan efisen dan memuaskan iaitu sebanyak 65.8%. Manakala dari segi kemudahan masyarakat, utiliti dan sosial juga berada di tahap yang efisen iaitu sebanyak 65.6%.

Kemudahan infrakstruktur di Bandar banting juga berada di tahap yang efisen iaitu sebanyak 63.8%. Bagi kemudahan imej dan lanskap Bandar pula, hanya 48.1% responden mengatakan bahawa ianya berada di tahap efisien. Terdapat dua item daripada imej dan landskap bandar didapati kurang efisen iaitu arca dan ikon bandarraya serta ruang pejalan kaki.

Selain itu juga, kemudahan pengangkutan secara keseluruhannya didapati berada di tahap kurang efisen. Hal ini disebabkan di kawasan Bandar banting masih kekurangan sistem pengangkutan awam seperti komuter, LRT dan monorel. Manakal, dalam sektor kemudahan perdagangan, perkilangan, pelancongan, perumahan, keselamatan, governans, alam sekitar dan perkhidmatan secara online pula berada di tahap efisien secara keseluruhannya.

Kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah Bandar Banting berada dalam keadaan yang efisien. walaupun mempunyai kekurangannya tetapi tidak mendatangkan kesan yang negatif kepada aktiviti penduduk di situ. Namun pihak berkuasa perlu memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk kemudahan penduduk. Ianya kerana, kawasan Kuala Langat memerlukan kemajuan seperti bandar-bandar lain yang berada di kawasan Lembah Klang yang kian giat untuk mengejar arus pemodenan.

kawasan di bandar banting





Friday, October 31, 2008

pandangan tentang keefisenan kawasan bandar banting

kawasan bandar banting merupakan kawasan tumpuan masyarakat dalam memperolehi keperluan asas dan tambahan. susun atur keadaan bandar baik walaupun terdapat sedikit kekurangan. tetapi kawasan bandar banting masih perlu lagi di majukan kerana mempunyai banyak kekurangan daripada kemudahan yang ada berbanding bandar lain yang berada di kawasan Lembah Klang ini. pihak berkuasa tempatan perlu memikirkan apa pembangunan yang perlu ada supaya penduduk di bandar banting tidak merasa kekurangannya daripada bandar-bandar lain. contohnya dari segi pengangkutan, keselamatan, keadaan jalan raya, dan sebagainya.

Wednesday, October 29, 2008

pengalaman semasa berada di kerja lapangan

kami menjalankan soalselidik pada 17 oktober 2008, hari jumaat. kami bertolak dari UKM pada pukul 9 pagi sehingga 8 malam. kami memilih banting sebagai tempat mencari responden. ini kerana, banting merupakan bandar bagi kuala langat. selain itu, ia juga memudahkan kami untuk mencari responden yang dikehendaki. ianya kerana banting merupakan tempat membeli belah bagi masyarakat yang berada di kuala langat. di bandar banting terdapat tempat-tempat membeli belah, pejabat-pejabat kerajaan, bank dan sebagainya. walaupun kawasan banting tidak seperti bandaraya kuala lumpur tetapi ia dapat juga memenuhi keperluan masyarakat di situ. semasa kami menjalankan soalselidik, galakan responden amat menggalakkan waluapun ketika itu tiada bekalan air. penduduk di banting terputus bekalan air apabila paip besar mereka pecah. bekalan air terputus sudah 2 hari berlaku. tetapi ianya tidak menjejaskan para niaga untuk berniaga kerana pihak yang berkenaan memberi bantuan yang baik.

Thursday, September 18, 2008

Profil Majlis Daerah Kuala Langat

1) Majlis Daerah Kuala LangatPersiaran Majlis Off Jalan Sultan Alam Shah,42700 Banting,Selangor Darul Ehsan.
2) No. Pejabat Am: 603-31872825/603-31872732/603-31878957
No. Faksmili : 603-31879304
3) E-mel : admin@mdkl.gov.myE-mel Aduan : aduan@mdkl.gov.my
4) laman web : http://www.mdkl.gov.my
5) Majlis Daerah Kuala Langat juga mempunyai kaunter luar bagi pembayaran cukai taksir :Alamat : Dewan Orang Ramai,Tg. Sepat,Jalan Pasar,42800 Tg. Sepat Indah,Selangor Darul Ehsan.
6) No.
Cawangan Tg. Sepat : 603-31974209