Wednesday, October 29, 2008

pengalaman semasa berada di kerja lapangan

kami menjalankan soalselidik pada 17 oktober 2008, hari jumaat. kami bertolak dari UKM pada pukul 9 pagi sehingga 8 malam. kami memilih banting sebagai tempat mencari responden. ini kerana, banting merupakan bandar bagi kuala langat. selain itu, ia juga memudahkan kami untuk mencari responden yang dikehendaki. ianya kerana banting merupakan tempat membeli belah bagi masyarakat yang berada di kuala langat. di bandar banting terdapat tempat-tempat membeli belah, pejabat-pejabat kerajaan, bank dan sebagainya. walaupun kawasan banting tidak seperti bandaraya kuala lumpur tetapi ia dapat juga memenuhi keperluan masyarakat di situ. semasa kami menjalankan soalselidik, galakan responden amat menggalakkan waluapun ketika itu tiada bekalan air. penduduk di banting terputus bekalan air apabila paip besar mereka pecah. bekalan air terputus sudah 2 hari berlaku. tetapi ianya tidak menjejaskan para niaga untuk berniaga kerana pihak yang berkenaan memberi bantuan yang baik.

No comments: