Friday, October 31, 2008

pandangan tentang keefisenan kawasan bandar banting

kawasan bandar banting merupakan kawasan tumpuan masyarakat dalam memperolehi keperluan asas dan tambahan. susun atur keadaan bandar baik walaupun terdapat sedikit kekurangan. tetapi kawasan bandar banting masih perlu lagi di majukan kerana mempunyai banyak kekurangan daripada kemudahan yang ada berbanding bandar lain yang berada di kawasan Lembah Klang ini. pihak berkuasa tempatan perlu memikirkan apa pembangunan yang perlu ada supaya penduduk di bandar banting tidak merasa kekurangannya daripada bandar-bandar lain. contohnya dari segi pengangkutan, keselamatan, keadaan jalan raya, dan sebagainya.

Wednesday, October 29, 2008

pengalaman semasa berada di kerja lapangan

kami menjalankan soalselidik pada 17 oktober 2008, hari jumaat. kami bertolak dari UKM pada pukul 9 pagi sehingga 8 malam. kami memilih banting sebagai tempat mencari responden. ini kerana, banting merupakan bandar bagi kuala langat. selain itu, ia juga memudahkan kami untuk mencari responden yang dikehendaki. ianya kerana banting merupakan tempat membeli belah bagi masyarakat yang berada di kuala langat. di bandar banting terdapat tempat-tempat membeli belah, pejabat-pejabat kerajaan, bank dan sebagainya. walaupun kawasan banting tidak seperti bandaraya kuala lumpur tetapi ia dapat juga memenuhi keperluan masyarakat di situ. semasa kami menjalankan soalselidik, galakan responden amat menggalakkan waluapun ketika itu tiada bekalan air. penduduk di banting terputus bekalan air apabila paip besar mereka pecah. bekalan air terputus sudah 2 hari berlaku. tetapi ianya tidak menjejaskan para niaga untuk berniaga kerana pihak yang berkenaan memberi bantuan yang baik.

Thursday, September 18, 2008

Profil Majlis Daerah Kuala Langat

1) Majlis Daerah Kuala LangatPersiaran Majlis Off Jalan Sultan Alam Shah,42700 Banting,Selangor Darul Ehsan.
2) No. Pejabat Am: 603-31872825/603-31872732/603-31878957
No. Faksmili : 603-31879304
3) E-mel : admin@mdkl.gov.myE-mel Aduan : aduan@mdkl.gov.my
4) laman web : http://www.mdkl.gov.my
5) Majlis Daerah Kuala Langat juga mempunyai kaunter luar bagi pembayaran cukai taksir :Alamat : Dewan Orang Ramai,Tg. Sepat,Jalan Pasar,42800 Tg. Sepat Indah,Selangor Darul Ehsan.
6) No.
Cawangan Tg. Sepat : 603-31974209

Objektif,misi dan visi Majlis Daerah Kuala Langat

OBJEKTIF

Merumus,Merancang dan Melaksanakan Dasar-Dasar Pembangunan,Pengurusan Pentadbiran dan Perkhidmatan selaras dengan Dasar Pembangunan Negara(DPN).

MISI

Menyediakan perkhidmatan perbandaran yang efisien terbaik dan berakauntabiliti dengan berlandaskan Tonggak 10 dan Wawasan 2020.

VISI

Menjadikan perbandaran terus maju dengan berorientasikan teknologi terkini dan pengekalan alam semulajadi dengan pusat pelancongan yang unggul.

Sejarah Penubuhan Majlis Daerah Kuala Langat

Majlis Daerah Kuala Langat telah ditubuhkan pada 1 Januari 1977, Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Ianya melalui 3 gabungan majlis tempatan iaitu a) Majlis Tempatan Sg. Jarom,
b) Majlis Tempatan Tanjung Sepat, c) Lembaga Bandaran Kuala Langat. Dimana Keluasan kawasan pentadbiran pada awal penubuhannya adalah 3.7 batu persegi(9.6 km) dan pada 2001 bertambah kepada 62.294 km persegi. Selain itu, Kawasan luar yang ditadbir oleh MDKL seluas 10 km persegi dan jumlah pegangannya pada tahun 2001 jumlah pegangan ialah 30000. Ianya daripada pelbagai jenis seperti Pegangan perumahan, perdagangan, perindustrian & pertanian. Manakala bagi jumlah penduduknya adalah pada tahun 1991 berjumlah 46,588 orang dan pada tahun 2001 berjumlah 97,405 orang

Wednesday, September 17, 2008

kawasan kajian (kuala langat)

Kuala Langat adalah sebuah daerah Selangor, Malaysia. Ianya terletak dibahagian barat daya Selangor. Ianya juga dipinggiri oleh daerah-daerah Klang ke utara dan Sepang ke timur. Sempadan selatannya yang memisahkan Selangor dengan negeriSembilan dan Strait Melaka sempadannya yang kebaratan. Bandar-bandar utama dalam Kuala Langat adalah Banting, Bandar Jugra, Teluk Datok (modal daerah) dan Morib. Morib terkenal dengan tempat perangianan yang mempunyai pantai terindah.